Sunday, August 5, 2012

TANYALAH USTAZ, DR DANIAL, TURUNNYA ALQURAN & PENGHAYATANNYA


Surah Al Ra'd ayat 31
 وَلَوۡ أَنَّ قُرۡءَانً۬ا سُيِّرَتۡ بِهِ ٱلۡجِبَالُ أَوۡ قُطِّعَتۡ بِهِ ٱلۡأَرۡضُ أَوۡ كُلِّمَ بِهِ ٱلۡمَوۡتَىٰ‌ۗ بَل لِّلَّهِ ٱلۡأَمۡرُ جَمِيعًا‌ۗ أَفَلَمۡ يَاْيۡـَٔسِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن لَّوۡ يَشَآءُ ٱللَّهُ لَهَدَى ٱلنَّاسَ جَمِيعً۬ا‌ۗ وَلَا يَزَالُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ تُصِيبُہُم بِمَا صَنَعُواْ قَارِعَةٌ أَوۡ تَحُلُّ قَرِيبً۬ا مِّن دَارِهِمۡ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ وَعۡدُ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (٣١)

Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Dia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman) dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (13:31)

  • Menceritakan tentang kekuasaan alQuran. Jika kita masukkan kefahaman kita dlm jiwa, ia akan buat kita sayang kpd alQuran 
  • Sheikh Hamzah, dlm Tafsir AlAzhar, kata lihatlah isinya telah jadi kenyataan. Era Arab, era jahiliah, di bumi Mekah. Kemudan, jadi golongan yg mencipta sejarah. Empayar Rom tunduk kpd umat yg mengagungkan alQuran
  • Jangan hanya mengaji, walaupun dapat pahala. Mengaji & mengkaji. Faham dan nampak hasilnya.

Surah AnNisa ayat 82
 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? (4:82)

Q : Formula alQuran utk Cipta Kecemerlangan
  • Cemerlang : kalimat popular
  • Formula IT (Ilmu & Taqwa) : Kita bermula dgn Ilmu kerana ia pintu gerbang kpd kebaikan. Perkara besar yg berlaku semasa Nabi Adam a.s. Allah ajarkan segala ilmu utk persiapan Nabi Adam a.s. Ilmu paling penting, ilmu agama, tanpa mengabaikan akademi. Yg dapat semua A, bagaimana Akidahya, Akhlaknya, Ibadahnya? Taqwa : siapa bertaqwa, Aku tunjukkannya Makhraja (Jalan Keluar). 

Q : Faham alQuran vs Hafal alQuran (alFaham vs alHafiz)
  • Kitab Prof Dr Yusuf AlQardhawi : Fiqul Aulawiyat (Fiqah Keutamaan) : buat ikut keutamaan.  Bab : Dirayah vs Riwayah (Faham vs Hafaz). Umat dahulu pentingkan faham, umat kini pentingkan hafazan
  • Bila faham alQuran, kita boleh menilai
  • Lahirkan anak2yg faham. Selepas itu tambahkan dgn hafazan

Q : Bolehkah kita terbabas selepas mengkaji alQuran?
  • Boleh kerana disudut pentafsiran & kefahamannya ada metodogi. Jika cara tafsir tak betul, boleh terbabas. AlQuran bukan sekadar teks tetapi teks & conteks.
  • Conteks: Apa isu yg timbul sebelum penurunannya? Apa latar belakangnya?
  • Utk fahami alQuran, rujuklah Tafsir ibnu Kathir. Cari buku terjemahan Jakim, karangan Dr Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah "Hadith2 Palsu & Israilliat dlm Kitab Tafsir"

Q : Tafsir alQuran guna Sains
  • Lebih 750 ayat dlm alQuran bincangkan tentang alam & kejadian manusia
  • "Katakan Muhammad, berjalanlah kamu di muka bumi, kaji (fanzuru) bagaimana kehidupan bermula."
  • Dibolehkan dengan Cara : Tafsiran tak melanggar dengan ijmak ulama'. 
  • Surah Fussilat ayat 53
سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ (٥٣)

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (41:53)

Q : Ayat 4 Surah AlA'laq. Apakah maksud Qalam?
  • Ulama' tafsir suka ayat ini kerana ia diturunkan di bumi Arab yg tak tahu baca & menulis.
  • Rahsianya : nak sebarkan ilmu 
  • Guna Qalam utk sebarkan ilmu. Merangsang ulama' utk keluarkan/tuliskan kitab. Merangsang umat utk jadi org berilmu.

Q : Hubungkait Sains dengan AlQuran
  • Dr Danial mula dengan belajar bahasa Arab
  • Tafsir irriwayat : gunakan sunah Nabi saw & kisah Sahabat ; Tafsir bililham : Ilham para sahabat ; Tafsir biddirayah : Tafsir guna ijtihad 
  • Fahami agama dgn baik.
  • "Acuan Mukjizat bersama AlQuran" : Buku modul Dr Danial kpd Pelajar Tahfiz di Pahang

Kesimpulan
  • Khatam Quran (bagus), cubalah faham pula

Semoa sama2 dapat manfaatnya serta diampunkan dosa kita dan dosa kedua ibubapa kita serta keluarga. Amiin.

No comments:

Post a Comment