Bagaimana solat boleh cegah perkara mungkar? Solat ada martabatnya. Sembahyang yang khusyuk boleh cegah perkara mungkar. Orang sembahyang, orang yang tenang. Sembahyang seperti buah hati yang sejuk mata memandang.
Erti khusyuk : Kehadiran hati dan kefahaman bacaan
Khusyuk : Ingatan2 kepada Allah
Dr Yusuf alQardhawi, tentang khusyuk : Anggota badan melakukan tugasnya, mata tengok depan (tempat sujud), mulut kita baca, telinga kita dengar, otak kita terjemah, hati kita khusyuk.
TIPS
1. Persiapan sebelum sembahyang
- ada maklumat tentang Asma' ul Husna ; tahu tentang sifat2 Allah. 99 nama menggambarkan kehebatan Allah. Tahu nama Allah, akan timbul keinsafan eg Allahu Akbar
- Sembahyang perlukan waktu yang khusus, supaya tak de gangguan. Jangan lewatkan solat tanpa sebab2 yang kritikal. Kalau sembahyang lewat, sunat azan & iqamah lagi
- Peruntukan masa umpama kita keluarkan zakat. Masa yang kita peruntukan seolah2 kita berikan zakat
- Wudu' yang sempurna, basuhan betul, air mutlaknya betul
Antara soalan dalam kubur, di mana kiblat kamu? Jika wudu' kita tidak sempurna, kita tidak boleh jawab. Na'uzubillah.
- Gunakan miswak/gosok gigi (sunnat) "Kalaulah tidak menyusahkan umatku, akan aku perintahkan umat ku gosok gigi
- Tidak jalankan sembahyang jika hati kita syak, wudu' kita ada / tiada. Sunnat ambil wudu' jika was-was
- Jangan tunaikan solat jika kita terasa nak kentut, buang air kecil/besar dsb.
- Pilih tempat yang sesuai. Sebaik2nya ada tempat khusus eg di masjid/surau. Cari sudut yang sesuai dalam rumah
- Jauhi solat di laluan orang ramai. Tutup hp di dalam masjid. Jangan sembahyang dekat pintu / tingkap
- Pilih pakaian yang sesuai, tutup aurat, tiada bau & selesa.
- Tentukan ayat yang hendak dibaca. Fahami & Tahu tetang ayat yang ingin dibaca.
- Berghairahlah untuk solat jamaah "Solat jamaah dapat 27 kali ganda pahala" Kalau duit RM27 mesti orang nak, sebab nampak.
- Berusaha bersungguh2 supaya berada di saf depan "Jika tahu pahala sembahyang di saf depan, akan terpaksalah kami mengundi" "Allah & malaikat bersalawat bagi orang2 yang solat di saf depan"
- Datang ke masjid sebelum iqamah
- Kalau diberi peluang untuk jadi imam, jangan ditolak, jika mampu
- Jangan sembahyang jika kita tahu imam itu akan buatkan kita tak khusyuk.
- Pergi ke lain2 masjid.
- Dorongkan diri kita untuk jawab azan. Azan itu panggilah Allah
- Bacalah peribadi Rasullah sewaktu solat. Pelajari solat Rasulullah
- Perbykkan dengar kaset2 bacaan alQuran alunan Imam2 Masjidil Haram & Masjid Nabi
- Jangan mulakan sembahyang waktu makanan telah dihidangkan
- Jangan tergopoh-gapah sewaktu nak sembahyang walaupun masa yang suntuk.
- Musafir, jamak & qasarkan sembahyang
- Jangan dirikan sembahyang waktu sedang marah
- Jangan sembahyang sejurus selepas mendengar/selesai majlis yang melalaikan/lagha eg mengumpat, tengok filem2 yang tak elok, tengok lawak jenaka
- Jangan sembahyang dalam keadaan mengantuk. Bacaan bertukar2. Tak cukup rakaat etc. Tidur dulu supaya hilang ngantuk
- Letakkan pandangan kita di hadapan. Kena ingat/rasa, besarnya pahala orang yang khusyuk. Kena rasa rugi bila tak khusyuk. Kita akan jadi orang yang bersungguh sembahyang
- Kita hendaklah rasakan 'Inilah peluang aku nak bersama Allah. Inilah bekalan aku untuk dibawa ke hadapan Allah' Kalau ada rasa macam itu, sembahyang kita ada harganya.
- Kena ada target, nak khusyuk. Tak dapat waktu subuh, cuba sembahyang yang selepasnya, zuhur. Tak dapat zuhur, cuba waktu asar. Jangan sembahyang langsung tak de hati nak khusyuk.
- Jangan kita sebabkan orang lain hilang khusyuk. Eg takbir sehingga ganggu sembahyang orang sebelah, bacaan kuat, selsema kesat kat baju. Jangan kacau orang. Dia tak khusyuk, dia buat orang tak khusyuk.
- Mata jangan tengok benda2 tak elok. Tengok benda haram, dia akan ganggu pemikiran kita. Sewaktu sembahyang akan tergambar2 macam2.
- Sembahyang di rumah, sediakan tempat yang khusus. Kita lalu tpt sembahyang, dah khusus.
2. Persiapan Semasa Sembahyang
- Niat sembahyang dengan ingin khusyuk
- Ketika sembahyang, mata tengok tpt sujud, anggota badan dengan peranan masing2. Mulut, baca, Telinga dengar
- Anggapkan sembahyang kita sembahyang yang terakhir. Kematian perkara rahsia Allah.
- Bacalah ayat2 yang boleh sedarkan kita tinggalkan maksiat, ayat2 tentang syurga & neraka. Boleh niat dalam hati
- Bersembahyang seumpama kita sedang berdiri di hadapan Allah. Bila kita ruku', kita rendahkan diri kita. Kita sujud, simbolik, kebesaran Allah, hinanya kita
- Renungkan makna2 ayat. Doa Iftitah, janji kita dengan Allah. AlFatihah, faham makna2 ayat. "Tunjukkan kami jalan yang lurus..." Ingat janji2 kita kepada Allah
- Sejadah biar berwarna putih, biar khusyuk
- Menangislah dalam sembahyang. Kalau boleh buat2 menangis supaya datang sayu hati kita. Airmata boleh sejukkan api neraka
- Lafaz bacaan mesti betul. Alfatihah tak betul, tak sah sembahyang. Tanyalah Ustaz2.
- Dengar imam baca Surah selepas Alfatihah. Diam, jangan sibukkan dengan bacaan kita yang lain
- Baca AlFatihah seperti kita berinteraksi dengan Allah. Allah jawab semua bacaan alFatihah kita
- Jangan pedulikan orang di kiri kanan kita
- Jangan menoleh dengan anak mata. Toleh, tak beri tumpuan
- Jangan banyak gerak2. "Kalau orang sembahyang khusyuk, perbuatannya khusyuk, tidak bergerak"
- Jauhi perbuatan pelik dlm sembahyang
- Anggap sembahyang kita bukannya adat, tapi betul2
- Jangan anggap sembahyang panjang akan jadi khusyuk. Tak semestinya
- Jangan menguap dalam sembahyang. Tahan menguap dengan gigit lidah
- Berdoa ketika sebelum sembahyang
3. Sesudah Sembahyang
- Minta ampun kepada Allah atas segala kekurangan
- Bertakbir, bertasbih & bertahmid
- Jauhi lah riak &
- untuk kita tambah sembahyang sunat & solat sunat rawatib supaya dapat tampung kekurangan solat kita
Lain-lain Artikel Solat
1. Membangunkan Solat Berkualiti oleh Ust Zahazan Mohamed
Semoga sama2 mendapat manfaatnya. Amin
Nota ini ditulis di Facebook/DinaTalib
No comments:
Post a Comment