Wednesday, August 3, 2011

DOA UNTUK PELBAGAI SAKIT MATA : USTAZ sYARHAN


Doa drp rancangan Tanyalah Ustaz, Ustaz Syarhan mengenai DOA dan UBAT

Cara 1

Doa Nabi Yaakob as apabila matanya buta akibat terlalu banyak menangis apabila kehilangan Nabi Yusuf as.

(50:22) Surah Al Qaf baca drp "fakasyafna ... " (sampai habis)


فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ (٢٢)

Lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (50:22)

Baca sebanyak 14 kali ke sebatang carrot yang telah dibersihkan. Makan begitu sahaja (macam arnab). Kata Ustaz, yang berkaca mata pun ada harapan sembuh jika diamalkan. InsyaAllah.



Cara 2


DarusSyifa' http://www.darussyifa.org/Asas10Pertama_Iss1.php .


Bacan Selawat Syifa'. Di bacaan "Wa nuril absari wa dhiya iha" baca 7 kali. Sapukan mata.


Cara 3


Sewaktu Azan berkumandang, letakkan kedua2 jari ke mata kita (sebaik2nya baca Selawat Syifa') dan sapukan ke mata.

Wallahu 'alam


Cara 4


Cara 4 ini disampaikan oleh Nor Mansur di Wall Ansara Muar.

Amalkan bacaan "ya basir" - maha melihat (nama allah) sentiasa. insyaallah allah akan memakbulkan doa untuk mata kurang penglihatan. Dan "ya Muhyi"- maha menghidupkan. 68 x setiap lepas solat. untuk sembuhkan penyakit.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terjumpa blog ini tentang doa2 dari Ustaz Syarhan http://rahmatquran.blogspot.com/2011/07/doa-dan-ubat.html


Ini Ayat syifa yang dikongsikan ustaz -

Mula-mula baca:


1. al-Fatihah


2. lepas tu baca:

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. Al-Furqan, Ayat 23


3. Ditutup dengan ayat:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. Al-Hasyr, Ayat 21


Antara simptom-simptom penyakit gangguan (updated)

  • Belakang sakit, lenguh tatau kenapa

  • Sejuk2 kaki
  • Sakit2 sendi

  • Berpeluh tapak tangan, kaki sampai melekit

  • Melenting2 hatta perkara kecik yg remeh2

  • Berdebar2 secara tiba-tiba *tak bersebab*

  • Pening kepala yg melampau *makan ubat tak jalan*
  • Ada kesan-kesan lebam
  • Simptom gangguan pada waktu senja


Ayat mempermudahkan jodoh..


Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. Yassin, Ayat 36


Panduan umum, bacalah al-Quran secara konsisten, jaga waktu solat dan jaga wudhu. InsyaAllah hati akan sejuk dan kita akan menjadi lebih kuat; fizikal dan mental. Jangan putus berdoa.


Doa itu senjata orang mukmin.

No comments:

Post a Comment