BUKU-BUKU

1. ENSIKLOPEDIA SOLAT



Sedikit mengenai buku Ensikoledia Solat, buku setebal 500 ms dan berharga RM100.00 ini sangat wajar menjadi rujukan bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga. Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
• Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
• Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.

• Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
• Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
• Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
• Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.
Source : Facebook.com/UstZahazan



2. 300 HADITH BIMBINGAN




Tujuan buku ini disediakan dengan harapan ia mampu menjadi supplement rohani untuk setiap kita memahami cara terbaik mengikuti sunnah Nabi SAW. Bacakan 1 hari 1 hadis untuk diri sendiri, keluarga juga sahabat handai agar setiap langkah kita mendekatkan lagi dengan Rasulullah SAW. Berharga RM25.90. 


مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan (orang lain untuk berbuka puasa) nescaya baginya lagi pahala puasa tanpa kurang sedikit pun.
Riwayat al-Tirmizi no.807 - dari buku "300 Hadis Bimbingan" m/s 84