Q: Sakit itu anugerah tetapi kenapa makan ubat &doa minta sihat?
Dalam doa qunut, "Wa 'afina fi man 'afait"
HR Muslim "Setiap penyakit itu ada ubat" Cari ubat, sunnat & adalah ibadah.
Ada hadith berkenaan Rawatan - madu, habbatus sauda', berbekam; semuanya berkenaan beriktiar cari ubat.
Bila nak sembuh, kerja Allah. Tugas kita, bila sakit, redha, ikhtiar cari ubat & makan ubat, doa supaya disembuhkan.
Q : Sedeqah yang paling afdhal ketika kita sedang sihat. Adakah sedeqah ketika sakit tidak dpt pahala?
Hadith : "Sedeqah mana yang paling afdhal (bila)? Sahabat bertanya. Nabi saw jawab sedeqah yang paling afdhal ketika kamu sangat2 sihat & nak sgt jadi kaya & takut jatuh fakir"
HR al Baihaqi "Rawatlah orang yang sakit dengan bersedeqah" Cara rawatan dengan kita bersedeqah. Secara spiritual, bila kita bersedeqah kepada org yang memerlukan, doa mereka mungkin dimakbulkan Allah & kita akan sembuh.
Namun, carilah yang lebih afdhal.
Q : Ucapan bila kita ziarah orang sakit
Innalillah, ucapan bila ditimpa musibah eg dpt berita kawan masuk hospital,dpt berita kawan kena sakit teruk
Kalau berada di sisi orang sakit, jangan ungkapkan " Inna.." Rasulullah "La baks, tahurun InsyaAllah" Jangan bimbang, bersih drp dosa, dengan kehendak Allah". "Moga2 Allah ampunkan dosamu"
Tahur - maknanya penyakit kamu jadi penyuci kepada dosa2 yang dibuat.
Q : Adab2 ziarah org sakit & fadhilat
- pilihlah masa yang sesuai samada di rumah / di hospital eg selepas asar / tanya dulu (telefon)
- kena tahu keadaan orang sakit. Ada pesakit suka terima tetamu, ada yang tak suka orang dtg. Yang suka diziarahi, silakan ziarah. Yang tak suka diziarah, cuba elakkan drp menziarah. Mungkin telefon shj / melalui FB dsb.
- Bila ziarah, sembang apa dengan pesakit? Tanya orang sihat (keluarganya) apa penyakitnya/apa berlaku. Jangan tanya pesakit sendiri kerana dia mengenang kembali bagaimana dia sakit/kemalangan dsb akan menambah negativiti dlm dirinya. Asyik kena flashback benda2 yang negatif. Akan lambat sembuh. Sembang perkara yang menggembirakan pesakit, perkara yang secara psikologinya menyukakan pesakit. Tambah harapannya. Jangan lupa doakan pesakit "Ya Allah, sembuhkanlah penyakit sahabatlku"
- Fadilat : ziarah orang sakit menjadi tazkirah kepada kita & menjadikan kita insaf & bersyukur bahawa kita sihat, mudah untuk beribadah.
- Untuk bawa buah tangan, tengok keadaan pesakit.
- Wujudkan suasana yang memberikan keadaan positif kpd pesakit
KESIMPULAN BAHAGIAN 1
- Allah uji orang sihat di sekeliling org sakit juga, bukan shj si pesakit. Segala penyakit datang drp Allah. Sakit, tanda Allah sayang kpd kita, supaya kita sentiasa mengingatinya, berdoa kepadanya. Yang penting, fikir positif, ini dr Allah, kita perlu cari ubat utk penyakit ini. Doa.
- Para doktor & jururawat mempunyai ruang yang amat luas utk berdakwah kpd pesakit. Ucapkan kpd pesakit "Makcik, sabarlah, inysaAllah penyakit ini akan hapuskan dosa2 kita. Ikhtiarlah, banyakkan berdoa." Dapat pahala.
- Org mukmin semuanya dpt pahala, sihat & syukur dpt pahala, sakit & sabar, dpt pahala.
BAHAGIAN 2
Al Baqarah 152-153, Bersabar bila sakit
Al Baqarah 156, Orang Sabar ialah orang yang bersabar bila bertemu musibah (sakit dlm context ini)
Riyadhussalihin ~ buku yang ada satu bab mengenai adab2 ziarah org sakit
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment