Wednesday, August 3, 2011

DOA UNTUK PELBAGAI SAKIT MATA : USTAZ sYARHAN


Doa drp rancangan Tanyalah Ustaz, Ustaz Syarhan mengenai DOA dan UBAT

Cara 1

Doa Nabi Yaakob as apabila matanya buta akibat terlalu banyak menangis apabila kehilangan Nabi Yusuf as.

(50:22) Surah Al Qaf baca drp "fakasyafna ... " (sampai habis)


فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ (٢٢)

Lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (50:22)

Baca sebanyak 14 kali ke sebatang carrot yang telah dibersihkan. Makan begitu sahaja (macam arnab). Kata Ustaz, yang berkaca mata pun ada harapan sembuh jika diamalkan. InsyaAllah.



Cara 2


DarusSyifa' http://www.darussyifa.org/Asas10Pertama_Iss1.php .


Bacan Selawat Syifa'. Di bacaan "Wa nuril absari wa dhiya iha" baca 7 kali. Sapukan mata.


Cara 3


Sewaktu Azan berkumandang, letakkan kedua2 jari ke mata kita (sebaik2nya baca Selawat Syifa') dan sapukan ke mata.

Wallahu 'alam


Cara 4


Cara 4 ini disampaikan oleh Nor Mansur di Wall Ansara Muar.

Amalkan bacaan "ya basir" - maha melihat (nama allah) sentiasa. insyaallah allah akan memakbulkan doa untuk mata kurang penglihatan. Dan "ya Muhyi"- maha menghidupkan. 68 x setiap lepas solat. untuk sembuhkan penyakit.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terjumpa blog ini tentang doa2 dari Ustaz Syarhan http://rahmatquran.blogspot.com/2011/07/doa-dan-ubat.html


Ini Ayat syifa yang dikongsikan ustaz -

Mula-mula baca:


1. al-Fatihah


2. lepas tu baca:

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. Al-Furqan, Ayat 23


3. Ditutup dengan ayat:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. Al-Hasyr, Ayat 21


Antara simptom-simptom penyakit gangguan (updated)

  • Belakang sakit, lenguh tatau kenapa

  • Sejuk2 kaki
  • Sakit2 sendi

  • Berpeluh tapak tangan, kaki sampai melekit

  • Melenting2 hatta perkara kecik yg remeh2

  • Berdebar2 secara tiba-tiba *tak bersebab*

  • Pening kepala yg melampau *makan ubat tak jalan*
  • Ada kesan-kesan lebam
  • Simptom gangguan pada waktu senja


Ayat mempermudahkan jodoh..


Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. Yassin, Ayat 36


Panduan umum, bacalah al-Quran secara konsisten, jaga waktu solat dan jaga wudhu. InsyaAllah hati akan sejuk dan kita akan menjadi lebih kuat; fizikal dan mental. Jangan putus berdoa.


Doa itu senjata orang mukmin.

PERISTIWA ISRA' MI'RAJ

Wednesday, May 11, 2011

PETUA DARI USTAZAH DR FATIMAH AZ-ZAHRA

Terjumpa petua ni di http://yaqeenahmad.wordpress.com/2008/10/08/petua-daripada-dr-fatimah-az-zahra/


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.


(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:

Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga. (Tambahan dari saya supaya berselawat ke atas Nabi saw 3 kali)


Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧)لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٣٨)

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara

(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Tuesday, May 3, 2011

TANYALAH USTAZ (U) BERSAMA UST SYED NORHISHAM TUAN PADANG ~ ORANG SAKIT 13 & 14 APRIL, 2011

Q: Sakit itu anugerah tetapi kenapa makan ubat &doa minta sihat?

Dalam doa qunut, "Wa 'afina fi man 'afait"

HR Muslim "Setiap penyakit itu ada ubat" Cari ubat, sunnat & adalah ibadah.

Ada hadith berkenaan Rawatan - madu, habbatus sauda', berbekam; semuanya berkenaan beriktiar cari ubat.

Bila nak sembuh, kerja Allah. Tugas kita, bila sakit, redha, ikhtiar cari ubat & makan ubat, doa supaya disembuhkan.


Q : Sedeqah yang paling afdhal ketika kita sedang sihat. Adakah sedeqah ketika sakit tidak dpt pahala?

Hadith : "Sedeqah mana yang paling afdhal (bila)? Sahabat bertanya. Nabi saw jawab sedeqah yang paling afdhal ketika kamu sangat2 sihat & nak sgt jadi kaya & takut jatuh fakir"

HR al Baihaqi "Rawatlah orang yang sakit dengan bersedeqah" Cara rawatan dengan kita bersedeqah. Secara spiritual, bila kita bersedeqah kepada org yang memerlukan, doa mereka mungkin dimakbulkan Allah & kita akan sembuh.

Namun, carilah yang lebih afdhal.


Q : Ucapan bila kita ziarah orang sakit

Innalillah, ucapan bila ditimpa musibah eg dpt berita kawan masuk hospital,dpt berita kawan kena sakit teruk

Kalau berada di sisi orang sakit, jangan ungkapkan " Inna.." Rasulullah "La baks, tahurun InsyaAllah" Jangan bimbang, bersih drp dosa, dengan kehendak Allah". "Moga2 Allah ampunkan dosamu"

Tahur - maknanya penyakit kamu jadi penyuci kepada dosa2 yang dibuat.


Q : Adab2 ziarah org sakit & fadhilat

  • pilihlah masa yang sesuai samada di rumah / di hospital eg selepas asar / tanya dulu (telefon)
  • kena tahu keadaan orang sakit. Ada pesakit suka terima tetamu, ada yang tak suka orang dtg. Yang suka diziarahi, silakan ziarah. Yang tak suka diziarah, cuba elakkan drp menziarah. Mungkin telefon shj / melalui FB dsb.
  • Bila ziarah, sembang apa dengan pesakit? Tanya orang sihat (keluarganya) apa penyakitnya/apa berlaku. Jangan tanya pesakit sendiri kerana dia mengenang kembali bagaimana dia sakit/kemalangan dsb akan menambah negativiti dlm dirinya. Asyik kena flashback benda2 yang negatif. Akan lambat sembuh. Sembang perkara yang menggembirakan pesakit, perkara yang secara psikologinya menyukakan pesakit. Tambah harapannya. Jangan lupa doakan pesakit "Ya Allah, sembuhkanlah penyakit sahabatlku"
  • Fadilat : ziarah orang sakit menjadi tazkirah kepada kita & menjadikan kita insaf & bersyukur bahawa kita sihat, mudah untuk beribadah.
  • Untuk bawa buah tangan, tengok keadaan pesakit.
  • Wujudkan suasana yang memberikan keadaan positif kpd pesakit


KESIMPULAN BAHAGIAN 1

  • Allah uji orang sihat di sekeliling org sakit juga, bukan shj si pesakit. Segala penyakit datang drp Allah. Sakit, tanda Allah sayang kpd kita, supaya kita sentiasa mengingatinya, berdoa kepadanya. Yang penting, fikir positif, ini dr Allah, kita perlu cari ubat utk penyakit ini. Doa.
  • Para doktor & jururawat mempunyai ruang yang amat luas utk berdakwah kpd pesakit. Ucapkan kpd pesakit "Makcik, sabarlah, inysaAllah penyakit ini akan hapuskan dosa2 kita. Ikhtiarlah, banyakkan berdoa." Dapat pahala.
  • Org mukmin semuanya dpt pahala, sihat & syukur dpt pahala, sakit & sabar, dpt pahala.


BAHAGIAN 2


Al Baqarah 152-153, Bersabar bila sakit

Al Baqarah 156, Orang Sabar ialah orang yang bersabar bila bertemu musibah (sakit dlm context ini)

Riyadhussalihin ~ buku yang ada satu bab mengenai adab2 ziarah org sakit


Wallahu'alam.

70 TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT : USTAZ ZAWAWI YUSOH

Source : Ustaz-Zawawi-Yusoh : 70-Tips-Khusyuk-Dalam-Solat

Bagaimana solat boleh cegah perkara mungkar? Solat ada martabatnya. Sembahyang yang khusyuk boleh cegah perkara mungkar. Orang sembahyang, orang yang tenang. Sembahyang seperti buah hati yang sejuk mata memandang.

Erti khusyuk : Kehadiran hati dan kefahaman bacaan

Khusyuk : Ingatan2 kepada Allah

Dr Yusuf alQardhawi, tentang khusyuk : Anggota badan melakukan tugasnya, mata tengok depan (tempat sujud), mulut kita baca, telinga kita dengar, otak kita terjemah, hati kita khusyuk.



TIPS

1. Persiapan sebelum sembahyang


  • ada maklumat tentang Asma' ul Husna ; tahu tentang sifat2 Allah. 99 nama menggambarkan kehebatan Allah. Tahu nama Allah, akan timbul keinsafan eg Allahu Akbar
  • Sembahyang perlukan waktu yang khusus, supaya tak de gangguan. Jangan lewatkan solat tanpa sebab2 yang kritikal. Kalau sembahyang lewat, sunat azan & iqamah lagi
  • Peruntukan masa umpama kita keluarkan zakat. Masa yang kita peruntukan seolah2 kita berikan zakat
  • Wudu' yang sempurna, basuhan betul, air mutlaknya betul
Antara soalan dalam kubur, di mana kiblat kamu? Jika wudu' kita tidak sempurna, kita tidak boleh jawab. Na'uzubillah.
  • Gunakan miswak/gosok gigi (sunnat) "Kalaulah tidak menyusahkan umatku, akan aku perintahkan umat ku gosok gigi
  • Tidak jalankan sembahyang jika hati kita syak, wudu' kita ada / tiada. Sunnat ambil wudu' jika was-was
  • Jangan tunaikan solat jika kita terasa nak kentut, buang air kecil/besar dsb.
  • Pilih tempat yang sesuai. Sebaik2nya ada tempat khusus eg di masjid/surau. Cari sudut yang sesuai dalam rumah
  • Jauhi solat di laluan orang ramai. Tutup hp di dalam masjid. Jangan sembahyang dekat pintu / tingkap
  • Pilih pakaian yang sesuai, tutup aurat, tiada bau & selesa.
  • Tentukan ayat yang hendak dibaca. Fahami & Tahu tetang ayat yang ingin dibaca.
  • Berghairahlah untuk solat jamaah "Solat jamaah dapat 27 kali ganda pahala" Kalau duit RM27 mesti orang nak, sebab nampak.
  • Berusaha bersungguh2 supaya berada di saf depan "Jika tahu pahala sembahyang di saf depan, akan terpaksalah kami mengundi" "Allah & malaikat bersalawat bagi orang2 yang solat di saf depan"
  • Datang ke masjid sebelum iqamah
  • Kalau diberi peluang untuk jadi imam, jangan ditolak, jika mampu
  • Jangan sembahyang jika kita tahu imam itu akan buatkan kita tak khusyuk.
  • Pergi ke lain2 masjid.
  • Dorongkan diri kita untuk jawab azan. Azan itu panggilah Allah
  • Bacalah peribadi Rasullah sewaktu solat. Pelajari solat Rasulullah
  • Perbykkan dengar kaset2 bacaan alQuran alunan Imam2 Masjidil Haram & Masjid Nabi
  • Jangan mulakan sembahyang waktu makanan telah dihidangkan
  • Jangan tergopoh-gapah sewaktu nak sembahyang walaupun masa yang suntuk.
  • Musafir, jamak & qasarkan sembahyang
  • Jangan dirikan sembahyang waktu sedang marah
  • Jangan sembahyang sejurus selepas mendengar/selesai majlis yang melalaikan/lagha eg mengumpat, tengok filem2 yang tak elok, tengok lawak jenaka
  • Jangan sembahyang dalam keadaan mengantuk. Bacaan bertukar2. Tak cukup rakaat etc. Tidur dulu supaya hilang ngantuk
  • Letakkan pandangan kita di hadapan. Kena ingat/rasa, besarnya pahala orang yang khusyuk. Kena rasa rugi bila tak khusyuk. Kita akan jadi orang yang bersungguh sembahyang
  • Kita hendaklah rasakan 'Inilah peluang aku nak bersama Allah. Inilah bekalan aku untuk dibawa ke hadapan Allah' Kalau ada rasa macam itu, sembahyang kita ada harganya.
  • Kena ada target, nak khusyuk. Tak dapat waktu subuh, cuba sembahyang yang selepasnya, zuhur. Tak dapat zuhur, cuba waktu asar. Jangan sembahyang langsung tak de hati nak khusyuk.
  • Jangan kita sebabkan orang lain hilang khusyuk. Eg takbir sehingga ganggu sembahyang orang sebelah, bacaan kuat, selsema kesat kat baju. Jangan kacau orang. Dia tak khusyuk, dia buat orang tak khusyuk.
  • Mata jangan tengok benda2 tak elok. Tengok benda haram, dia akan ganggu pemikiran kita. Sewaktu sembahyang akan tergambar2 macam2.
  • Sembahyang di rumah, sediakan tempat yang khusus. Kita lalu tpt sembahyang, dah khusus.

2. Persiapan Semasa Sembahyang

  • Niat sembahyang dengan ingin khusyuk
  • Ketika sembahyang, mata tengok tpt sujud, anggota badan dengan peranan masing2. Mulut, baca, Telinga dengar
  • Anggapkan sembahyang kita sembahyang yang terakhir. Kematian perkara rahsia Allah.
  • Bacalah ayat2 yang boleh sedarkan kita tinggalkan maksiat, ayat2 tentang syurga & neraka. Boleh niat dalam hati
  • Bersembahyang seumpama kita sedang berdiri di hadapan Allah. Bila kita ruku', kita rendahkan diri kita. Kita sujud, simbolik, kebesaran Allah, hinanya kita
  • Renungkan makna2 ayat. Doa Iftitah, janji kita dengan Allah. AlFatihah, faham makna2 ayat. "Tunjukkan kami jalan yang lurus..." Ingat janji2 kita kepada Allah
  • Sejadah biar berwarna putih, biar khusyuk
  • Menangislah dalam sembahyang. Kalau boleh buat2 menangis supaya datang sayu hati kita. Airmata boleh sejukkan api neraka
  • Lafaz bacaan mesti betul. Alfatihah tak betul, tak sah sembahyang. Tanyalah Ustaz2.
  • Dengar imam baca Surah selepas Alfatihah. Diam, jangan sibukkan dengan bacaan kita yang lain
  • Baca AlFatihah seperti kita berinteraksi dengan Allah. Allah jawab semua bacaan alFatihah kita
  • Jangan pedulikan orang di kiri kanan kita
  • Jangan menoleh dengan anak mata. Toleh, tak beri tumpuan
  • Jangan banyak gerak2. "Kalau orang sembahyang khusyuk, perbuatannya khusyuk, tidak bergerak"
  • Jauhi perbuatan pelik dlm sembahyang
  • Anggap sembahyang kita bukannya adat, tapi betul2
  • Jangan anggap sembahyang panjang akan jadi khusyuk. Tak semestinya
  • Jangan menguap dalam sembahyang. Tahan menguap dengan gigit lidah
  • Berdoa ketika sebelum sembahyang

3. Sesudah Sembahyang

  • Minta ampun kepada Allah atas segala kekurangan
  • Bertakbir, bertasbih & bertahmid
  • Jauhi lah riak &
  • untuk kita tambah sembahyang sunat & solat sunat rawatib supaya dapat tampung kekurangan solat kita
Jaga kualiti sembahyang kita.


Lain-lain Artikel Solat

1. Membangunkan Solat Berkualiti oleh Ust Zahazan Mohamed


Semoga sama2 mendapat manfaatnya. Amin

Nota ini ditulis di Facebook/DinaTalib

Monday, April 25, 2011

PENGHAYATAN ISLAM : SIRI CERAMAH & ARTIKEL

Saya cuba untuk mengemaskini siri2 ceramah yang boleh didengari bagi kita menambahkan ilmu agama kita yang sedia ada. Semoga sama-sama mendapat manfaatnya.


MEDIA

Koleksi Audio Ceramah di Masjid Al I'tisam TTDI Jaya
Koleksi Audio Prof Dr Sidek Baba di ikim.fm
Koleksi Audio Ust Abdul Basit Abdul Rahman, Kitab Ridayatus Salikin
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - 20110219 Ceramah Khas Keutamaan Ibadat Solat 19 Feb 2011.mp3
Ustaz Hasrizal "Mencari Rahmat Sebagai Solusi Kehidupan"
Koleksi Ceramah 1. Dr Abdul Basit Abdul Rahman 2. Ustaz Azhar Idrus 3. Ustaz Zahazan Mohamed 4. Dato' Shamsuri Ahmad 5. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat 6. Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Koleksi Video I Luv Islam
Rakaman Radio Ikim
Sedang mencari link2 lama yang telah dikongsi agar dapat dikongsikan semula. Sila kemukakan link yang sesuai dengan nota ini untuk kebaikan kita bersama. Didoakan agar kita sama-sama mendapat manfaatnya, ditambahkan kefahaman Islam serta mendapat pahala mempelajari ilmu. Amiin. Wallahu a'lam.