Friday, October 5, 2012

SOLAT IKTIKHARAH


Tanyalah Ustaz, Ustaz Muhamad Abdullah, 6hb Oktober, 2012


ISTIKHARAH maksudnya meminta pilihan daripada Allah.
- tawakal berserah kepada Allah


KAEDAH
o   Jaga waktu haram, tak boleh solat istikharah. Waktu haram ialah pada selepas subuh sehingga terbit fajar matahari dan selepas solat asar sehingga masuk waktu maghrib kecuali solat qadha, solat jenazah, solat gerhana, solat tahiyatul masjid dan solat sunat wudu'. Waktu lain, dibolehkan.
o   Istikharah kepada perkara wajib, sunat dan harus. Tak boleh istikharah kepada benda makruh dan haram
o   Persediaan hati. Tawakal, serah kepada Allah & kita betul-betul nak ikut petunjukNya. Kena ada kekuatan hati untuk ikut.
o   Jaga syarat sah solat istikharah :
·         Menghadap kiblat
·         Jaga agar jangan ada najis di bada
·          Suci drp hadas kecil & besar. Ratakan air seluruh badan, jaga 8 lubang : hidung, telinga, pusat, qubul (kemaluan hadapan), dubur (kemaluan belakang), kuku, daging lebihan (Saya tertinggal yg ke 8)
·         Jaga aurat
o   Jaga rukun solat terutama rukun qauli, baca dengan jelas
·         Bacaan alFatihah
·         Tahiyat Awal & Akhir 
o   Jaga perkara sunat eg baca surah selepas bacaan alFatihah, doa iftitah
  • Doa :
    "Aku mohon istikharah dengan ilmuMu ya Allah ... sebutkan perkara yang perlu dipilih"
    (Sila rujuk ke blog Ustaz Muhamad Abdullah untuk doa yang panjang)

- Surah AsSyam
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8) 

- Jaga solat : Rasa hati kita akan dibantu Allah swt. Para ibu akan merasakan jika anak2 dalam kesusahan dsb