Sunday, August 5, 2012

TANYALAH USTAZ, DR DANIAL, TURUNNYA ALQURAN & PENGHAYATANNYA


Surah Al Ra'd ayat 31
 وَلَوۡ أَنَّ قُرۡءَانً۬ا سُيِّرَتۡ بِهِ ٱلۡجِبَالُ أَوۡ قُطِّعَتۡ بِهِ ٱلۡأَرۡضُ أَوۡ كُلِّمَ بِهِ ٱلۡمَوۡتَىٰ‌ۗ بَل لِّلَّهِ ٱلۡأَمۡرُ جَمِيعًا‌ۗ أَفَلَمۡ يَاْيۡـَٔسِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن لَّوۡ يَشَآءُ ٱللَّهُ لَهَدَى ٱلنَّاسَ جَمِيعً۬ا‌ۗ وَلَا يَزَالُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ تُصِيبُہُم بِمَا صَنَعُواْ قَارِعَةٌ أَوۡ تَحُلُّ قَرِيبً۬ا مِّن دَارِهِمۡ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ وَعۡدُ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (٣١)

Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Dia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman) dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (13:31)

  • Menceritakan tentang kekuasaan alQuran. Jika kita masukkan kefahaman kita dlm jiwa, ia akan buat kita sayang kpd alQuran 
  • Sheikh Hamzah, dlm Tafsir AlAzhar, kata lihatlah isinya telah jadi kenyataan. Era Arab, era jahiliah, di bumi Mekah. Kemudan, jadi golongan yg mencipta sejarah. Empayar Rom tunduk kpd umat yg mengagungkan alQuran
  • Jangan hanya mengaji, walaupun dapat pahala. Mengaji & mengkaji. Faham dan nampak hasilnya.

Surah AnNisa ayat 82
 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? (4:82)

Q : Formula alQuran utk Cipta Kecemerlangan
  • Cemerlang : kalimat popular
  • Formula IT (Ilmu & Taqwa) : Kita bermula dgn Ilmu kerana ia pintu gerbang kpd kebaikan. Perkara besar yg berlaku semasa Nabi Adam a.s. Allah ajarkan segala ilmu utk persiapan Nabi Adam a.s. Ilmu paling penting, ilmu agama, tanpa mengabaikan akademi. Yg dapat semua A, bagaimana Akidahya, Akhlaknya, Ibadahnya? Taqwa : siapa bertaqwa, Aku tunjukkannya Makhraja (Jalan Keluar). 

Q : Faham alQuran vs Hafal alQuran (alFaham vs alHafiz)
  • Kitab Prof Dr Yusuf AlQardhawi : Fiqul Aulawiyat (Fiqah Keutamaan) : buat ikut keutamaan.  Bab : Dirayah vs Riwayah (Faham vs Hafaz). Umat dahulu pentingkan faham, umat kini pentingkan hafazan
  • Bila faham alQuran, kita boleh menilai
  • Lahirkan anak2yg faham. Selepas itu tambahkan dgn hafazan

Q : Bolehkah kita terbabas selepas mengkaji alQuran?
  • Boleh kerana disudut pentafsiran & kefahamannya ada metodogi. Jika cara tafsir tak betul, boleh terbabas. AlQuran bukan sekadar teks tetapi teks & conteks.
  • Conteks: Apa isu yg timbul sebelum penurunannya? Apa latar belakangnya?
  • Utk fahami alQuran, rujuklah Tafsir ibnu Kathir. Cari buku terjemahan Jakim, karangan Dr Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah "Hadith2 Palsu & Israilliat dlm Kitab Tafsir"

Q : Tafsir alQuran guna Sains
  • Lebih 750 ayat dlm alQuran bincangkan tentang alam & kejadian manusia
  • "Katakan Muhammad, berjalanlah kamu di muka bumi, kaji (fanzuru) bagaimana kehidupan bermula."
  • Dibolehkan dengan Cara : Tafsiran tak melanggar dengan ijmak ulama'. 
  • Surah Fussilat ayat 53
سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ (٥٣)

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (41:53)

Q : Ayat 4 Surah AlA'laq. Apakah maksud Qalam?
  • Ulama' tafsir suka ayat ini kerana ia diturunkan di bumi Arab yg tak tahu baca & menulis.
  • Rahsianya : nak sebarkan ilmu 
  • Guna Qalam utk sebarkan ilmu. Merangsang ulama' utk keluarkan/tuliskan kitab. Merangsang umat utk jadi org berilmu.

Q : Hubungkait Sains dengan AlQuran
  • Dr Danial mula dengan belajar bahasa Arab
  • Tafsir irriwayat : gunakan sunah Nabi saw & kisah Sahabat ; Tafsir bililham : Ilham para sahabat ; Tafsir biddirayah : Tafsir guna ijtihad 
  • Fahami agama dgn baik.
  • "Acuan Mukjizat bersama AlQuran" : Buku modul Dr Danial kpd Pelajar Tahfiz di Pahang

Kesimpulan
  • Khatam Quran (bagus), cubalah faham pula

Semoa sama2 dapat manfaatnya serta diampunkan dosa kita dan dosa kedua ibubapa kita serta keluarga. Amiin.

Thursday, August 2, 2012

TANYALAH USTAZ : SOLAT DAN PERIHAL KESIHATAN OLEH USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI


Surah AlBaqarah ayat 43-45
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (43)  Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (44)  Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (45)

Solat tiang agama. Dikaitkan dengan kehidupan. Siapa yg mendirikan sembahyang, dia sudah mendirikan. Meninggalkan sembahyang, menghancurkan agama. Sembahyang, anak kunci kpd pintu syurga.

Solat ialah perkara pertama ditanya bila dihisab di akhirat nanti. Rasulullah saw selalu tanya sahabat psl solat, bkn mcm kita yg asyik tanya "nak makan kat mana hari ni?" Samada dah solat,di mana nak solat. Pohon pertolongan dlm hidup dengan sabar dan solat.

Solat akan menyebabkan badan sihat luaran dan sihat dalaman. Luaran dibicarakan panjang oleh ulama'.

Faedah luaran solat

1. Solat beri ketenangan

Bila kita jaga solat, solat akan bawa ketenangan dlm hidup kita, kurangkan tekanan hidup. Hidup kita penuh ujian. Bila kita diuji, solat boleh ringankan bebanan yg ditanggung. Apa yg dimaksudkan dengan solat? Solat itu bermaksud doa. Bermula dgn takbirotulihram hingga kita bagi salam. "Wa'a'u zubika sakha tikawannar" Solat, kita bermunajat dengan Allah. Kita beritahu Allah masalah kita. 

Jika kita focus masa kita solat, solat akan bagi kita ketenangan. Bila berhadapan dgn ujian, solat akan meringankan tekanan. Nabi saw ajak Bilal solat utk rehatkan badan. Bila solat kita akan jadikan tekanan ringan dlm hidup kita. Solat, satu penyelesaian. Bg perempuan yg uzur tak boleh solat maka berselawat atau berzikir. Selawat akan menjadikan kita lebih ringan menempuh kehidupan. Sebut kalimah2 yg mudah (zikir) akan menenangkan kita.


Q : Solat tapi lakukan maksiat.
  • Kerana solatnya belum lagi terhasil. Betul2 solat akan cegah dr kemungkaran.
  • Solat akan lahirkan hamba Allah yang benar2 tinggalkan kemungkaran
  • University Harvard (kajian) orang solat boleh tangani stress


2. Solat jadikan Fizikal kita Segar

Rasa fresh cth nya bila solat terawih.

Huzaifah IbnulYaman : Dlm rakaat pertama Rasullullah saw baca surah alBaqarah, an Nisa & Ali Imran barulah rukuk, rukuk lama mcm dia qiam dan seterusnya. Boleh tak kita bayangkan bagaimana Rasulullah solat? (agak2 nya kalau kita jadi makmum mlm tu terus esoknya taubat tak nak solat jemaah lagi dak??) Solat yg byklah yg menjadikan Rasulullah saw sihat. Walaupun Rasulullah solat hingga bengkak kaki.

Pergerakan berlaku, otot jadi kuat.


3. Kawal berat badan

Kita tak tanya sistem pencernaan berlaku. Satu cara ialah dengan solat. Pembakaran & keseimbangan
Berat badan akan jadi seimbang n setengah pergerakkan akan merembeskan hormon2 tertentu yg membantu pencernaan.



4. Tingkat daya tahan & imunisasi

Rembesan hormon akan berlaku
Ketahanan akan berlaku kpd org yg jaga solat.

Semasa nak solat subuh, Abu Luklu'ah bwk pisau dlm lengan bajunya dan tikam Saidina Umar alKhattab 11x termasuklah dirobek perutnya. Sahabat2 tidak sedar sbb khusyuk utk solat subuh, bila umar memberitau dia ditikam , barulah abu luklu'ah dikepung sahabat. Bila dikepung, Abu Luklu'ah tikam ramai sahabat, 11 sahabat, 6 gugur syahid di tempat kejadian. Kemudian dia tikam diri dia sendiri. Saidina Umar masih lagi kuat, boleh bertanya  lagi siapa yang menikamnya. Sahabat yg lain bwk Saidina Umar ke rumahnya. Dia teringat dia belum solat subuh takut kalau2 itu solat terakhirnya. Sahabat suruh dia solat dlm keadaan baring tapi dia nak solat sambil berdiri jugak. Dia bertahan dan solat sambil berdiri hinggalah keesokan harinya wafat selepas solat zohor. Ditikam pada waktu subuh 26 Zulhijjah, bertahan hingga selepas solat zohor 27 Zulhijjah. Saidina Umar boleh bertahan lama kerana daya tahan badannya kuat akibat byk melakukan solat sedangkan 6 sahabat yg ditikam selepas beliau tidak dpt bertahan dan telah syahid di tempat kejadian.

Jaga solat, kita akan kuat.
Kita kuat, bila kita lakukan perintah Allah (solat)


5. Sihatkan sendi2 dan otot2 dlm badan

Bila sendi2 dlm badan kita berjumpa mereka akan bagi salam antara satu sama lain hingga lah sampai ke lidah. Bila sampai ke lidah mereka akan kata "Wahai lidah, jagalah kamu hari ini, kalau betul kamu, betullah kami semua, jika kamu baik hari ini, baik lah juga kami." Jaga sendi dengan baik dgn bersolat. Disnuatkan kita solat. Solat sebanyak mungkin. Bgn tidur aje, terus solat. Sama lah sebelum kita bersenam, kita kena buat stretching dulu,untuk regangan otot.


6. Diri akan jadi Fokus

Qiam, kita berdiri & kita tunduk sambil perhatikan ayat2 yg kita baca. Allah kata kpd malaikat, Lihat hamba2ku memujiku. Setiap kata2 kita akan dijawab oleh Allah.

Khusyuk dlm solat akn buatkan seseorg itu fokus dlm hidupnya. Bila dekat nak mati sering hilang fokus sbb gangguan syaitan. Syaitan ganggu supaya dia mati bkn sebagai orang Islam. Orang yg jaga solat. Allah akan jaga padanya.
Bila beriman & istiqamah, dia tak tinggalkan solat masa hidupnya, Allah akan tolong bila dekat nak mati nanti, malaikat akn dtg dan sebut "Jgn takut, wahai hamba Allah dan jangan kamu bimbang, telah disediakan tempat di syurga utk kamu". Jika kadang2 solat n kdg2 tidak, maka dia tidak focus sebenarnya dlm hidup. Kita tak boleh yakin kepada org yg jarang solat, dia tak sihat. Dunia dia rosak, akhirat dia pun rosak. Jika tenaga kerja di sebuah syarikat tidak solat, satu kerugian pd syarikat, kdg2 berlaku pembaziran dsb.

Org yg tinggalkan solat, dia akan dapat penyakit. sekurang2nya dia berpenyakit iaitu penyakit "cintakan dunia". "Semua perintah Aku adalah untuk kamu ikhlas dalam beragama." How to cure? Melibatkan jiwa n dalaman. Bila tinggalkan solat, hilang kepercayaan di sisi manusia dan Allah.

Solat untuk meyihatkan badan.


Solat boleh merawat penyakit


1) Sakit pinggang & sakit lutut. Bila betul2 rukuk 90 darjah dan kita jaga betul terapi ini, kata ulamak dlm masa 3 minggu shj boleh sihat. Juga sakit tulang belakang.

2) Jika mati pucuk, solat sunat 3x seminggu, 12 rakaat, kira2 30 minit, insyaAllah boleh jadi normal balik.

3) Sakit jantung. Jantung berfungsi dengan paling baik (berehat) semasa kita sujud. Tahap paling sempurna. Lebih lama kita sujud, jantung berehat lebih panjang setelah setiap saat berdegup. Sujud, saat kita paling hampir dengan Allah.  Jantung kita kurang tekanan, masa itu lah keadaan jantung paling baik.

Sembahyang sunat, sebanyak mungkin dlm hidup kita.

Asalnya difardhukan 50 waktu. Dikurangkan 5 waktu. 

Q : Mazhab Syafie, gerakkan jari telunjuk semasa solat
  • Disunatkan sekali sahaja semasa syahadah
  • Jgn sampai kita hilang fokus kita dan fokus org lain

Q : Saf tingkatkan kesihatan (solat jemaah)
  • Solat jemaah akan bawa kekuatan kpd kita. Cas & kekuatan antara satu sama lain
  • Rapatkan saf
  • Jangan renggangkan saf. Rasulullah saw bersabda, jagalah saf kerana Allah tidak akan pandang saf yang bengkang bengkok. 
  • Cari org yg paling soleh di sebelah kiri kanan kita supaya cas positif dia sampai kpd kita. Solat berjamaah beri kekuatan antara satu sama lain.

Kesimpulan
  • kembalikan ibadah solat dlm hidup
  • Kalau pernah tinggalkan solat, taubatlah, dan ganti sembahyang jika berkeupayaan

Bila penat jgn baring tapi solat. Solat itulah yg akan buat penat kita hilang bukan sebaliknya. Berehatlah dgn bersolat!